Monday, July 30, 2018
August 2011 Bonanza Duit Rayaaaa!!!
August 2011 Bonanza Duit Rayaaaa!!!
Salam semua agent2 Prudential....ada berita baik sempena Ramadhan nie. Memang berkat bulan Ramadhan. Cash Contest...mudah sahaja....kalau tak nak grab, tak tau nak cakap apa....sila lihat flyers di bawah.
So, ayuh, teruskan usaha kita. Kalau dulu, kita kerja makan gaji, kalau nak dapatkan duit raya dari majikan, kena tunggu dan tak sure, ada ke tak de, ada ke takde...tapi, buat Prudential, dah tersedia...mudah sangat.
Kalau 5,000 ACI : 150 sebulan x 3 cases : 5,400 ACI..dah dapat RM 200. Kalau nak RM 400, capatkan 6 cases : dah 10,800 ACI.
Tips : List down senarai prospect atau client yang kita dah open sebelum nie, untuk kita follow up....contoh :
1. Encik Prospect A 1 cases 2,400 ACI
2. Encik Prospect B 2 cases 3,600 ACI
3. Puan Prospect C 1 cases 1,800 ACI...
Dan macam tu le seterusnya, lepas tu, kena focus, phone call untuk buat appointment. Then, bila dah dapat appointment, share maklumat takaful plan dengan cara yang terbaik. Kita usaha, Allah akan tentukan. Jangan sekali2 give up. Insyallah, apa yang kita usahakan akan dapat ganjaran. Kalau tak closed sekali pun, ingat, kita telah sampaikan sesuatu yang baik kepada prospect...." ..berpesan-pesan pada jalan kebenaran, dan berpesan-pesan pada jalan kesabaran"...Surah Al Asr.
Jadi ingat, kalau tak closed sekali pun, percayalah...kita dah dapat ganjaran dari Allah, sebab kita berpesan2 kepada perkara yang benar. Apa yang benar?...yang benar adalah, kalau seseorang itu ditimpa musibah atau diuji dengan penyakit, menyebabkan mereka memerlukan sumber kewangan untuk tanggung kos rawatan mereka, dan pada masa tersebut pula mereka tidak mempunyai dana yang cukup dan boleh diperolehi segera....mereka akan gunakan sumber lain yang ada....yang cepat..apa dia?..Credit Card....
Nama dah credit card..tak pasal2 berhutang, and bila keluar hospital?..bill 20K-30K, boleh settlekan terus ke?...sure kena bayar sikit2...dan sure kena interest....interest itu apa?..riba...riba itu apa?....riba itu haram. Bertepatan dengan Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 275.
Jadi, kalau ada plan takafulink yang ada medical card...
1. Bill hospital RM 20,000 PruBSN akan settlekan direct dengan hospital (client masuk wad, tapi yang berhutang PruBSN...)
2. Keluar hospital dapat lagi duit pocket (elaun hospital)
3. Kalau ada pembedahan, dapat lagi elaun bedah untuk tanggung kos2 tersembunyi yang lain, bila kita dapatkan rawatan di hospital (minyak, toll, parking, atau kos2 lain yang tak boleh claim under medical card)...
4. Boleh elakkan dari client terkena interest a.k.a riba.....
3. Kalau ada pembedahan, dapat lagi elaun bedah untuk tanggung kos2 tersembunyi yang lain, bila kita dapatkan rawatan di hospital (minyak, toll, parking, atau kos2 lain yang tak boleh claim under medical card)...
4. Boleh elakkan dari client terkena interest a.k.a riba.....
Jadi, sahabat2ku sekalian, bayangkan, kalau kita faham, bahawa kerja kita mengajak kepada kebenaran, untuk apa kita perlu "down" kalau prospect reject kita, kalau prospect tak nak amik policy dengan kita, atau kita kena "kencing" bila buat appointment?...untuk apa kita perlu "down"...sedangkan, kita tak tau apa yang Allah kurniakan kepada kita. Jadi, sahabat2ku sekalian....ingatlah. Sumpah Allah dalam surah Al Asr itu. Semua manusia berada dalam kerugian, kecuali 4 orang...
1. Beriman
2. Beramal soleh
3. Berpesan-pesan pada jalan kebenaran
4. Berpesan-pesan pada jalan kesabaran
So, kalau kita orang beriman, kalau kita beramal soleh, kalau kita berpesan-pesan kepada jalan kebenaran (nak tolong orang)..kalau kita lakukan kerja kita dengan penuh sabar dan menyuruh orang kepada jalan kesabaran......kalau kita ditakdirkan tak closed deal...adakah kita akan rasa rugi?...rugi di dunia mungkin kita nampak. Untung di akhirat, Allah sahaja yang Maha Mengetahui, Subhanallah.
Anda boleh ignore atau tak percaya apa yang saya sampaikan sebab saya hanya insan biasa....cuma apa yang saya tahu dan faham, saya hanya sampaikan setakat yang saya mampu. Tapi, sahabat2ku sekalian, jangan sampai kita tak percaya Sumpah Allah S.W.T.
Itu sahaja untuk kali ini. Selamat beramal, dan sampaikan kepada sesiapa pun yang anda ingin sampai.
Sekian
AAR, Bkt Gambir, Muar.